Muat naik video bayar zakat berjumlah lebih RM1 Juta, ramai yang puji Aeril Zafrel sebab tak abaikan tanggungjawab

Muat Naik Video Bayar Zakat RM1 Juta, Netizen Puji Aeril Zafrel Tak Abai Tanggungjawab

Muat naik video dah bayar zakat berjumlah lebih RM1 Juta, ramai yang puji Aeril Zafrel sebab tak abaikan tanggungjawab

Bayaran zakat adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan dan zakat terdiri daripada beberapa bahagian iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat emas dan lain-lain lagi. Di Instagram, pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dilihat sudah membayar zakat ke atas dirinya, isteri dan syarikat untuk tahun ini. Menerusi video yang dikongsikan, Aeril membayar zakat sebanyak RM1,015,000 kepada wakil Lembaga Zakat Selangor. Isterinya, Wawa Zainal dilihat menulis jumlah tersebut di atas sekeping cek sebelum ianya diserahkan kepada wakil berkenaan dengan cara yang betul. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video tersebut juga, rata-rata warganet terhibur membaca kapsyen yang ditulis oleh pelakon ‘Sabda Kekasih’ itu. Aeril sempat mengusik Wawa dan mengatakan bahawa isterinya setuju mempunyai madu Turki. “Alhamdulillah Wawa setuju ada madu Turki.” Berikutan daripada itu, Wawa tinggalkan komen ‘Apo’ terhadap posting berkenaan. Usik mengusik di antara suami isteri tersebut nampaknya tidak berakhir di situ, apabila Aeril pula meninggalkan komen ‘shaking ke sis?’. Menjengah di ruangan komen lagi, warganet turut memberi pujian buat pasangan tersebut kerana tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.