Pelakon Shaarnaz Ahmad, baru-baru ini bercuti ke Jepun bersama kekasih hatinya, Amelia Cristie dan juga bekas isteri Noor Nabila serta anak mereka Jebat Jayden. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dilihat sedang menyisir rambut anak lelakinya itu. Namun, ucapan manis yang ditulis di ruangan kapsyen hantaran tersebut sangat menyentuh hati. “Anakku Jebat Jayden Ahmad, terima kasih untuk percutian ini. Kamu mempunyai hati yang sangat baik, luar dan dalam. Baba bersyukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat. Terima kasih teman baba main crane game, menang banyak hadiah..main salji.
Perkara paling indah sepanjang percutian ini adalah masa kita bersama. Selagi Boi ada sebelah baba, baba adalah orang yang paling gembira. Baba lakukan semua ini untuk kamu dan hanya kamu.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak dengan ucapan istimewa tersebut dan mengagumi Sharnaaz sebagai seorang bapa yang penyayang. Terdahulu, keakraban antara aktor itu dengan bekas isteri telah mendapat perhatian warganet kerana dilihat tidak pernah berbalah malah menonjolkan sikap profesional terutama dalam hal yang melibatkan kebahagiaan anak. Klik sini untuk lihat video.
Untuk info, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.