Lepas ni dah tiada di konti, Shuib tamatkan perkhidmatan dengan Suria FM berkuatkuasa hari ni

PELAWAK dan penyampai radio Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen Suria FM berkuat kuasa 4 Disember 2023 (Isnin). Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abd Majid yang memberitahu Shuib mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya. “Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi untuk beberapa tempoh sahaja.

“Shuib ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang. Diharapkan dia terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Bagaimanapun DJ Lin juga berharap kolaborasi bersama Shuib akan terus terjalin meskipun tidak lagi terikat di bawah jenama Suria FM.

Malah penglibatan Shuib menjayakan segmen Morning Morning Suria sebelum ini dilihat cukup berhasil menerusi elemen-elemen kreatif yang dibawakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib jarang muncul di TV bukan sebab ‘demand’ tapi cari keseronokan ketika bekerja

“Komitmen Shuib juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

“Kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib,” ujarnya.

Shuib diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos tahun lalu.

IMG_5654

Keserasian penyampai segmen Morning Morning Suria menghiburkan pendengar.

Dia mengendalikan segmen berkenaan bersama Ajak dan Suraya Borhan.

Sementara itu DJ Lin juga memaklumkan pihaknya akan mendedahkan nama penyampai baharu dalam masa terdekat.