ISU membabitkan lima sekawan dan penyanyi Siti Nordiana sudah menemui noktah namun masih ada netizen melontarkan kata-kata sindiran kepada penyanyi Syura Badron. Penyanyi itu hairan apabila masih ada tidak berpuas hati dengan memberikan kritikan walaupun kes saman fitnah RM2.5 juta melibatkan mereka dan Siti Nordiana sudah pun diselesaikan secara baik. Tampil menjawab kritikan, Syura atau Zuraidah Badron, 37, meminta orang ramai agar menghentikan perkara tersebut.
“Wahai warganet yang serba tahu, sudah-sudahlah. Setiap hantaran media korang nak kritik. Apa yang korang mahu sebenarnya? Bukan ke korang juga yang nak tengok kita bermaaf-maafan? Bila sudah buat, perli, kritik dan gelakkan pula,” katanya. Syura meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di Insta Story miliknya pada Rabu. Dalam pada itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih itu mengambil pendirian untuk tidak menjawab semula kritikan dilontarkan.
Sebaliknya, Syura meminta warga maya dapat melupakan kes berkenaan dan membuka lembaran baru. “Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Buka lembaran baru, fokus pada kehidupan,” ujarnya. Pada selasa lalu, Siti Nordiana, 39, membuat permohonan maaf kepada lima defendan dalam kes saman berkenaan selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini. Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad kemudiannya turut membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.
Isu membabitkan Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap mereka pada 3 Ogos 2021. Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila, 37, dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44. Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan. Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.