Muat naik gambar pakai baju kaftan, sekali ramai yang perasan benda ni pada Hanis Zalikha

Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha didakwa hamil anak ketiga selepas dilihat memperagakan baju kaftan jenama keluarannya #BarbieXCakenis. Menerusi satu perkongsian di Instagram anaknya, Hanis sedang memperagakan pakaian berona merah jambu itu bersama cahaya matanya Alisa Aisyah. Walaupun baju kaftan yang dipakai longgar, namun perut pelakon berusia 33 tahun itu kelihatan ‘berisi’ sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminatnya teruja dan gembira melihat perut Hanis yang nampak seperti mempunyai ‘baby bump’. Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir individu mendoakan yang terbaik buat Hanis sekiranya benar pelakon tersebut sedang melalui proses kehamilan.

Sementara itu, ada juga warganet meluahkan rasa teruja kerana Alisa yang kini berusia empat tahun akhirnya akan menjadi kakak. Walau bagaimanapun, buat masa sekarang Hanis belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan bahawa dirinya sedang berbadan dua. Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.