Terlibat dengan kejadian tak diingini, ini keadaan terkini Siti Jamumall

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motosikal di sebuah lokasi di Selangor pada Ahad. Menerusi beberapa perkongsian di Facebook, difahamkan Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin tercampak ke jalan raya namun bersyukur tidak digilis kereta lain. “Berderau drh macam nak pengsan dapat WhatsApp daripada orang lain hantar gambar Siti kemlngn,” kongsi pihak Siti.

Tambahnya, Siti terpaksa menunggu beberapa jam sebelum menerima rawatan atas sebab hospital pertama yang dihubungi tidak mahu mengambilnya sebagai pesakit atas sebab keadaan teruk. “Terpaksa tunggu hospital kerajaan tapi selepas dua jam masih belum dapat rawatan. Dah penat menunggu, Siti dibawa pula ke Hospital Avisena.  Syukur servis Hospital Avisena sangat laju. Lepas jumpa doktor dan x-ray, rupanya Siti patah jari dan luka-luka,” tambahnya.

Ketika pihak Siti membuat perkongsian berhubung kejadian tersebut, pempengaruh berusia 33 tahun itu masih belum sedarkan diri. Beberapa jam kemudian, dia terjaga dan membuat satu hantaran melalui TikTok miliknya berkenaan kronologi kejadian yang dialami. Menurut Siti, dia menaiki motosikal dan sedang dalam perjalanan dari Setia Alam ke Shah Alam untuk bermain futsal. “Saya kemalangan motor. Saya dalam perjalanan ke Shah Alam dari Setia Alam. Waktu tu saya nak pergi futsal.

“Tapi saya tak tahu motor yang saya bawa tu takde break. Dan motor tu bukan motor saya tapi motor driver saya. Jadi saya pergi sendiri tanpa minta driver hantarkan. Saya bawa motor tu sorang, bila masuk selekoh tu saya tak dapat break, hilang kawalan dan lnggr pembahagi jalan,” katanya. Jelasnya, dia terjatuh daripada motor tersebut sehingga menghempap dirinya sekali gus menyebabkan berlaku banyak pendarahan pada mulut. “Tapi alhamdulillah, tiada yang teruk mana pun. Hanya jari patah dan luka-luka kecil,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Siti diberikan kesembuhan dengan cepat dan kembali sihat seperti biasa.

Sekadar info, Siti pernah tular pada tahun 2021 apabila menyedari bahawa anak yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.