Setelah sekian lama mendiamkan diri, Alif Teega dedah bakal keluarkan lagu dengan Aisyah Hijanah

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Alif Teega semalam memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan bahawa dia dan isteri pertama, Aisyah Hijanah bakal melancarkan sebuah single bertajuk ‘Teristimewa’. Aliff juga katanya masih lagi memilih tarikh yang sesuai untuk melancarkan lagu tersebut iaitu sama ada 5 atau 6 Januari 2024 nanti. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulillah, Semoga dapat beri manfaat kebaikan buat semua. Bila nak release ya?” tulisnya di kapsyen. Meskipun tiada snippet nyanyian mereka bersama dimuat naik, Alif ada memaparkan sedikit rakaman muzik video lagu tersebut di IG Story yang memaparkan kemesraan pasangan tersebut. Walau bagaimanapun, niat Alif yang sekadar berkongsi mengenai lagu tersebut telah menerima sindiran dan kecaman daripada warganet yang masih terkesan dengan isu kecrngnnya dan berkahwin dua.

Malah ada juga yang mengatakan, kalau benar Aisyah ‘teristimewa’ mengapa harus Alif berkahwin lagi satu? Ah sudah!  Sejak dari semalam juga, nama pasangan ini menjadi sebutan ramai apabila Aisyah Hijanah dilihat hadir sebagai tetamu rancangan Meletop dan dia juga ditemani suaminya, Alif yang duduk di kerusi penonton. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.