Bangga kerja kerajaan rehat 3 jam siap boleh pergi karaoke, tak sangka siap ada yang mengaku dapat kerja sebab guna kabel

Menjadi satu norma baharu dalam kehidupan masyarakat kini, ramai yang suka berkongsi aktiviti seharian di media sosial tetapi tidak terfikir sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Heboh di platform X baru-baru ini, mengenai seorang wanita yang bekerja dalam sektor awam seronok dapat rehat selama 3 jam setiap hari Jumaat. Menerusi tangkap layar video TikTok yang kemudian dimuat naik semula di media sosial lain, jelas memaparkan seorang wanita sedang meluangkan waktu rehat selama tiga jam bersama rakan-rakan di salah sebuah pusat karaoke.

Dalam tangkap layar video tersebut, wanita terbabit memberitahu bagaimana dia meluangkan waktu rehat yang panjang. “POV you go for karaoke every Friday because your lunch break is basically 3 hours,” tulisnya ringkas. Perkongsian wanita itu mengenai waktu rehat yang lama ketika hari Jumaat telah mengundang perhatian ramai sehingga ada yang bertanya bagaimana untuk memohon kerja di situ. Menjawab pertanyaan itu, wanita terbabit mendakwa dia bekerja dalam sektor awam di mana pejabatnya bersebelahan dengan sebuah pusat membeli-belah. Malah, dia mengatakan menggunakan ‘kabel’ untuk mendapat kerja di situ.

Kenyataan wanita itu telah menyebabkan ramai pengguna media sosial mengkritiknya kerana menyifatkan wanita terbabit yang bekerja dalam sektor awam tidak mempunyai integriti. Isu itu menjadi perbincangan hangat di platform terbabit, ada yang mengatakan wanita terbabit hanyalah pekerja kontrak (MyStep) dan tidak menjadi isu jika dia menggunakan orang dalam. Ada yang mendakwa, kes tersebut telah diketahui oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan berkenaan. Namun, tidak diketahui apakah tindakan selanjutnya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.