Mahu memiliki ank lelaki pula, Fasha Sandha dan suami bakal buat rawatan ivf

MAHU memiliki anak lelaki pula, pelakon Aidil Aziz berkata dia dan isteri iaitu Fasha Sandha bakal membuat rawatan persenyawaan in vitro (IVF). Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 38, berkata mereka tidak mahu terlalu gelojoh melakukan rawatan itu kerana buat masa ini masih banyak lagi perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kata Aidil lagi, dia belum pernah melakukan sebarang petua yang dicadangkan untuk mendapatkan cahaya mata lelaki.

“Perancangan saya dengan Fasha insyaAllah tahun ini kami mahukan anak lelaki. Tapi apapun kena bagi kerja selesai dan ada masa terluang. Kami rancang selepas raya sebab bulan puasa nanti saya sibuk nak berniaga. Nak buat IVF ini, perlukan mental dan fizikal. Fasha pun bila mengandung kena rehat, tak boleh nak shooting dan sebagainya,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.