Tampuk pemerintahan bakal tamat tak lama lagi, ramai yang terhibur dengan gelagat YDPA dan Raja Permaisuri Agong jadi pembaca berita

Seperti korang tahu, tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal tamat tak lama lagi iaitu pada 30 Januari 2024. Sudah tentu, banyak jasa dan sumbangan Baginda telah kurniakan pada rakyat demi kesejahteraan negara. Meskipun begitu, Agong yang berjiwa rakyat ni amat disenangi oleh semua orang kerana sifat peramahnya terhadap rakyat jelata biarpun memegang jawatan tertinggi di Malaysia. Klik sini untuk lihat video.

Macam baru-baru ni, Agong bersama permaisurinya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk menjadi pembaca berita dalam segmen khas Buletin Diraja di sebuah stesen TV. Tak dapat dinafikan, ia membuatkan rakyat tertarik untuk menontonnya kerana belum ada lagi Agong yang berbuat demikian. Malah, ada juga yang memuji tindakan baginda berdua yang sanggup mencemar duli demi menghiburkan rakyat buat kali terakhir sebagai YDPA dan Raja Permaisuri Agong.

Segmen yang dinamakan sebagai ‘Buletin Diraja’ ini telah ditayangkan pada malam semalam (17 Januari 2024), sebagai slot khas sebelum memberi laluan kepada siaran Buletin Utama di TV3. Walaupun pertama kali baca berita, gelagat baginda berdua amat menghiburkan rakyat dan kelihatan sangat comel! Malah, tindakan baginda berdua membaca berita pasal diri sendiri turut buatkan warganet tercuit hati. Apa yang lagi lawaknya, komen bersahaja dari Permaisuri Agong kepada Tuanku pada akhir siaran khas tu sangat tak expect.

Disebabkan tu, baginda berdua pun tergelak begitu juga rakyat yang menontonnya. Berikutan tu, orang ramai turut terhibur serta mengatakan yang YDPA merupakan Agong terbaik dalam sejarah! Terdahulu, baginda berdua berkenan untuk mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama. Dalam lawatan tu, Agong dan Raja Permaisuri dibawa melawat ke Konti Radio sebelum berkunjung ke Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.