Kedua kaki dan tangan tiada, kakak luah rasa sedih tengok rangka Bella tak sempurna

Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah atau Bella, iaitu Norhisham, meluahkan rasa sedih melihat keadaan rangka tidak sempurna milik adik perempuannya yang ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada Jumaat lalu. Menerusi hantaran di Facebook, Norhisham mendedahkan rangka yang diterimanya daripada Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hanyalah tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, satu rongga mata ada, tulang rusuk dan punggung sahaja. Norhisham sedih apabila rangka yang ditemui itu tidak ada kedua belah tangan dan kaki arwah Bella.

“Selesai urusan (di mahkamah)..tiba masa tuntut jnzh di Forensik HSI.. Allahuakbar..Allahuakbar… Terkejut saya bila tengok rangka Bella hanya tinggal secoet (beberapa sahaja). Hancur hati sehancur-hancurnya bila terima Bella keadaan macam ini.. Kenapa buat adik saya macam ni… Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada satu, tulang rusuk, punggung. Itu sahaja.. Mana kedua kaki dan tangan Bella? Rasa macam nak memberontak, nak mengamuk…Rasa nak menjerit sekuat hati bagi semua tahu betapa hancur hati saya. Tapi apa daya saya. Saya hanya seorang kakak yang perjuangkan pencarian adik saya tapi saya dapat rangka yang tak sempurna.”

Dalam pada itu, Norhisham menyatakan dirinya bersama ibu dan seorang ustazah tidak dapat menahan air mata ketika memandikan rangka arwah Bella. Dakwa Norhisham, ada kotoran dalam tengkorak itu. “Saya, mak dan ustazah mandikan rangka ini. Berderai air mata kami. Korek-korek ada benda kotoran dalam tengkorak. Kenapa pelaku sangat kejam? Sangat jahat. Kenapa buat Bella sehingga begitu tragik. Kami tersangat rapuh dalam situasi ini. Kenapa perakhiran pencarian saya macam ini? Mana kedua kaki dan tangan Bella tak ada. Siapa boleh carikan untuk saya selepas 36 hari. Saya nak Bella sempurna.. Tolong  faham apa saya rasa.”

Terdahulu, Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu dan tinggalkan dua anak, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2. Pada Selasa, polis mengesahkan rangka yang ditemukan di sebuah rumah terbiar Batu 7, Tongkang Pechah itu adalah milik Bella hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat. Jnzh Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banaang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat, pada Rabu lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.