Selepas hampir setahun berusaha, akhirnya lelaki warga emas berjaya tambat hati wanita idamannya

Selepas hampir setahun berusaha, akhirnya seorang lelaki warga emas dari Bachok, Kelantan berjaya menambat hati wanita idamannya. Lelaki berusia 86 tahun yang dikenali sebagai Abdullah Ali berkata, isterinya, Siti Zabidah Zakaria, 63, pernah menolak pinangannya kerana wanita itu belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga. “Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu.”

Menurut Abdullah lagi, dia tertarik dengan Siti Zubaidah kerana sikap lemah lembut yang dimiliki wanita itu. Tambah Abdullah, perkahwinan itu lebih kepada ingin mencari teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup. Difahamkan, Abdullah memiliki tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun manakala Siti Zubaidah mempunyai dua anak berusia sekitar 40-an. Wanita itu pernah berkahwin dua kali dan kedua-dua suaminya telah pergi menghadap illahi iaitu pada tahun 2003 dan 2021.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.