Wajah pelakon Liyana Jasmay tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian warganet. Namun, ada dalam kalangan warganet tinggalkan kata-kata seakan menyinggung perasaan pelakon beusia 36 tahun itu dengan mempersoal kecantikannya. Menerusi video dikongsikan, Liyana dilihat sedang menikmati burger di tepi sebuah kolam renang. Dia turut memaklumkan dirinya tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran. Liyana Jasmay juga dilihat tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya. Klik sini untuk lihat video.
“Bila belum tidur lebih 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdrh, mata kabur. Tapi, alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana pada ruangan hantaran di TikTok. Wajah pelakon filem Papadom itu menjadi bualan ramai dan ada yang menyamakan Liyana dengan pembantu rumah (bibik). Tidak kurang juga ada yang mengaitkan Liyana Jasmay dengan pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan rupa parasnya.
Ada juga yang tinggalkan komen seakan menyindir dengan mempersoal bagaimana suami Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan suka akan aktres tersebut. “Ya Allah, macam mana suami dia boleh suka kat dia ni? Keadaan..” komen salah seorang warganet dikenali Emylia Syarifudin. Bagaimanapun, pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu. Sebaliknya, bersyukur suamianya meneriam dirinya seadanya dan rumah tangga mereka bahagia.
“Alhamdulillah, atas cinta yang kami miliki. Insya-Allah, lebih banyak tahun hidup bersama,” jawab Liyana berserta video bersama suami. Meskipun menerima kritikan, ramai dalam kalangan warganet memuji sikapnya yang tampak yakin dan bersahaja berkongsi wajah tanpa sebarang calitan solekan di media sosial.
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini. Namun, dia tidak pernah marah lebih-lebih menyamakan kulit aktres itu seperti orang kampung berbanding artis lain yang semakin putih dan cantik. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.