Ramai yang mendoakan ikatan keluarga kembali bertaut, Fauziah Sarman muat naik foto lama dengan anak anak

SELEPAS kemelut bersama keluarga reda, ibu kepada penyanyi Shila Amzah dilihat memuat naik video memaparkan kenangan indah bersama keluarga di laman sosial miliknya. Menerusi kapsyen video berkenaan, Fauziah, 57, meluahkan rasa rindu terhadap keluarga dengan berlatar belakangkan lagu daripada kumpulan Repvblik berjudul Sayang Sampai Mti. “Terima kasih anak-anak Mak. Alhamdulillah,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Fauziah juga tinggalkan emoji hati berwarna merah pada kapsyen berkenaan berserta tanda pagar rindu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat Fauziah dan keluarganya. Malah, ada yang menasihati anak-anak Fauziah supaya berbaik demi ibu mereka. “Tak sangka keluarga ini diuji sebegini, semoga aunty dan keluarga Allah berikan hikmah yang baik-baik selepas ini. “Sedihnya. Moga Allah tambahkan kasih sayang di antara mereka sekeluarga. Besar jasa ibu melahirkan dan rindu pada anak-anaknya.

“Sementara ibu masih ada ini, berbaiklah sebab ibu ini tiada penggantinya,” tulis warganet di ruangan komen. Sebelum ini, keluarga Fauziah menjadi bualan hangat warganet selepas Shila didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo terletak di Hulu Langat. Namun Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan niatnya mahu mencari rumah baharu daripada banglo tersebut. Kini, isu tersebut dilihat sudah selesai selepas adik Shila iaitu Syada sudah berpindah daripada rumah berkenaan selain penyanyi itu dilihat sedang dalam proses menjual banglo tersebut.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.