Bukan 1 tapi banyak, selamba je makcik bertudung tindik lidah

PERBUATAN menindik subang di telinga merupakan satu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan wanita termasuklah golongan kanak-kanak. Namun bagi wanita Melayu yang beragama Islam, menindik lidah merupakan satu perbuatan yang dianggap ‘tidak manis’ dan asing dalam norma masyarakat kita. Terbaharu, video seorang wanita bertudung yang sedang menjalani proses menindik lidah di sebuah kedai di Petaling Jaya, Selangor, tular menerusi TikTok. Klik sini untuk lihat video.

Wanita bertudung biru itu dilihat menjelirkan lidahnya sebelum seorang petugas mula menebuk lubang menggunakan peralatan khas. Pelanggan itu kelihatan tenang sepanjang proses berkenaan, malah ia juga berakhir dalam tempoh cepat, kira-kira seminit sahaja. Menurut akaun TikTok kedai tersebut, ia bukanlah kali pertama wanita itu hadir untuk bertindik, sebaliknya dia merupakan pelanggan tetap mereka. “Untuk pengetahuan anda, ini adalah pelanggan tetap kami, hampir lima kali dia ulang dengan kami. Terima kasih banyak-banyak,” tulis kapsyen pada video tular itu.

Video melibatkan wanita bertudung itu hingga kini menerima hampir sejuta tontonan sejak ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu. Ramai warganet turut tinggalkan komen berhubung perbuatan wanita itu yang dianggap ‘berani’ memandangkan dia seorang yang berhijab. “Makcik yang tenang jangan disangka tiada piercing. “Weh tak perasan langsung kata nak pierce sebab ingatkan video makcik mana ready nak pergi umrah, tapi sebaliknya. “Oh my god serius la? Terbaiklah makcik, kalah saya. Tapi apa fungsi piercing dekat lidah?” tulis beberapa warganet.

Namun segelintir individu turut mengecam wanita itu dan meminta dia menyemak hukum agama sebelum menindik lidahnya. “Ni yang dikatakan akhir zaman. Nanti lepas ni nenek-nenek dan atuk kita pula yang cuba. Fikir-fikirkanlah. “Allahuakhbar, semoga makcik ini diberi hidayah untuk berubah. “Bagi yang Muslim, sila rujuk hukum agama mengenai bertindik. Jangan jadi Islam liberal” “Sebelum buka mulut Alhamdulillah, lepas buka mulut Astaghfirullah,” tulis warganet lagi.

Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menindik telinga adalah harus bagi golongan wanita. Namun perhiasannya itu hanya boleh dilihat oleh suami dan mahramnya sahaja ini kerana telinga itu merupakan aurat yang wajib ditutupi. Menindik telinga melebihi daripada satu tempat tidak diharuskan ini kerana menyerupai golongan kafir dan fasiq. Selain itu, ia juga merupakan perkara yang berlebihan dan melampaui batas di dalam perhiasan dan perbuatan melampaui batas ini dilarang di dalam syariat Islam.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.