Pasang impian nak jadi penyanyi, Maryam dedah sejak 5 bulan lepas dia mula masuk kelas vokal

MEMASANG impian bergelar penyanyi, personaliti media sosial Marayam You Narae menyertai kelas vokal bagi mengasah bakat dalam bidang nyanyian. Maryam, 32, berkata, dia sudah mula mengambil kelas bersama guru vokal terkenal Cikgu Shafi bagi memastikan dia benar-benar bersedia dan bukan sekadar berlandaskan keyakinan mempunyai suara yang sedap. “Sejak lima bulan lalu saya belajar vokal dengan Cikgu Shafi. Saya memang minat menyanyi… Memandangkan saya memang berada dalam industri seni, jadi lebih mudah saya dapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang pakar.

“Sebelum ini, Erul pun ada ajar saya teknik nyanyian,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Maryam memberitahu tidak sekadar mengasah vokal dia juga perlu memperbaiki sebutan bahasa Melayu yang dirasakan lebih sukar berbanding bahasa Korea. Kata Maryam, lagu berbahasa Melayu memerlukan penghayatan mendalam dan dia masih lagi mempelajari perkara itu. “Nyanyi lagu Melayu sebagai orang Korea agak susah sebab nak dapatkan penghayatan perlukan latihan yang banyak. Lagu Melayu juga lebih lembut tapi saya akan sentiasa berlatih untuk mendalami perkara itu.

“Tapi macam baru-baru ini saya berjaya nyanyi lagu Bidadari Syurgaku sampai buat suami sama anak saya Rina tersentuh,” kongsinya. Sementara itu, Maryam memberitahu keyakinan mahu serius dalam bidang nyanyian datang apabila dia sering mendapat pujian apabila membuat persembahan di beberapa tempat sebelum ini. Besar harapan Maryam agar nyanyiannya juga dapat memberi ketenangan dan kegembiraan kepada pendengar.

“Keberanian ini saya dapat bila orang mula cakap saya boleh menyanyi, banyak kali saya orang asyik puji buatkan saya rasa nak mencuba. Saya kalau boleh mahu tenangkan orang dengan nyanyian saya. Biasanya bila orang tengah sedih atau perlukan motivasi mereka akan dengar lagu… Itu yang saya mahu lakukan,” ujarnya. Bercakap mengenai menghasilkan single, Maryam masih mencari komposer yang sudi menghasilkan lagu buatnya. Buat masa ini kata Maryam, dia akan menyanyikan semula beberapa lagu popular kegemarannya selain tidak teragak-agak menyertai mana-mana pertandingan nyanyian jika ada peluang.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.