Pada Khamis lepas, pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama anak ketiganya, Ayya Soffya dan kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic. Terbaharu, Wawa Zainal yang sedang menunaikan ibadah umrah mendedahkan badannya tidak berasa sihat sehingga mengalami muntah drh. Menerusi hantaran di Instagram Story, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin baru sahaja selesai menunaikan umrah dan pada pagi itu dia mengalami sakit sehingga tidak mampu untuk bangun. Menurut Wawa, masalah kesihatan yang dialaminya itu mungkin disebabkan panas dalam.
“Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, Wawa sakit sangat memang tak mampu nak bangun. Sampai muntah drh. Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah di permudahkan.” Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu mendedahkan bahawa dia turut mengalami sakit sendi dan urat yang teruk. Disebabkan itu, Wawa mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semua keputusan tersebut negatif.
“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang. Tapi, Alhamdulillah negatif. Mungkin letih sangat tak henti bekerja dan terus ke sini. Badan pula dah 30-an, tapi perasan 20-an boleh buat semua benda.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.