Biarpun ada yang mempertikaikannya, tapi niat murni penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar melakukan gerakan Geng Subuh Macam Jumaat ini ternyata telah membuahkan hasil. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini, Alif Satar sendiri tidak menyangka yang gerakan itu telah mendapat sambutan sebesar ini. Alif yang ketika itu sedang berlari menjelaskan bahawa gerakan solat subuh berjemaah ini sudah bermula di negeri Johor biarpun dia tiada di situ, dari situ, dia dapat merasakan bahawa negeri lain akan ikut sama dan ada kebarangkalian ramai umat Islam dari seluruh Malaysia akan mula mengerjakan solat subuh di masjid. Klik sini untuk lihat video.
Bukan itu sahaja, di Jordan, Brunei dan Singapura juga dikatakan sudah mula melakukan gerakan ini. Alif juga meminta orang ramai untuk menggunakan hashtag #GengSubuhMacamJumaat dan meminta untuk tag dirinya. Gerakan ini telah menjadi tumpuan seorang pempengaruh dari Singapura @_donjany untuk mengajak umat Islam dari Singapura untuk melakukan solat subuh secara berjemaah di masjid pada Sabtu ini.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian Alif Satar dan dia ada kongsikan video ini menerusi IG Story miliknya. Satu gerakan yang baik, buat benda baik macam ni memang elok kalau kita sebarkan. keep it up! Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.