Sekat no telefon dan tak bagi Fizi jumpa anak, tak boleh berdiam ini penjelasan Shakila Khoriri

Baru-baru ni, Fizi Ali yang merupakan penyampai radio telah memfailkan tuntutan hadanah di mahkamah ke atas bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri mengenai hak penjagaan anak dorang, Ameena Sofia. Sebelum itu, dia mendakwa bahawa Shakilla telah menghalangnya dari berjumpa anak perempuannya itu malah, nombor phone juga telah disekat olehnya. Namun begitu, Shakilla membidas dakwaan tersebut dan mengatakan dia tak pernah menghalang bekas suaminya daripada berjumpa anak. Dia juga mengatakan yang Fizi hanya pandai berkomunikasi di media sosial tapi langsung tak ada tindakan yang diambil.

“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Sebagai seorang bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan hilang begitu sahaja. Jangan ghaib.” Menjawab mengenai tuduhan dia menyekat nombor Fizi, Shakilla memberitahu bahawa dia berbuat demikian gara-gara isteri terkini Fizi Ali, Siti Zulaikha yang mencampuri urusan dorang berdua. “Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ sebab ada campur tangan isteri dia. Saya ‘block’ sebab tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena walaupun itu isterinya.”

Shakilla juga menafikan dakwaan Fizi yang menghubunginya banyak kali pada November lalu selepas kejadian tak dapat jumpa anak adalah tak benar. “Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, tidak semua itu. Demi Allah saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya dah serahkan pada peguam saya. Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial.”

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.