Berharap isu ni tak lagi berbangkit, pihak Suria Fm tampil jelaskan punca kontrak Tyzo tak disambung

Sejak minggu lalu, isu berkenaan penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo menjadi bualan ramai, memandangkan terdapat khabar angin di mana penyampai radio petang itu dianiaya oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin. Sebelum ini, tular sebuah video di mana Tyzo mendakwa dirinya teraniaya dan dia sempat berterima kasih kepada DJ Lin, menguatkan lagi dakwaan itu, seorang penyampai radio Selangor FM, Anie Mokhtar turut berkata Tyzo menjadi mangsa aniaya DJ Lin.

Pun begitu, hari ini terdapat satu sidang media yang dijalankan oleh pihak Suria FM berkenaan isu tersebut. Dato’ Dr Mohd Aminuddin bin Mohd Rouse yang merupakan Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) dalam sidang media itu, berkata kontrak Tyzo Xander tamat pada bulan Oktober tahun lalu, namun apabila ingin diperbaharui Tyzo hanya ingin kontraknya disambung selama 6 bulan. “Tyzo bersetuju (sambung kontrak) tapi hanya nak lanjutkan selama enam bulan sahaja dengan alasan dia ada rancangan lain. Pendapat saya mungkin keputusan itu dibuat selepas dirinya memenangi anugerah di ABPBH, dia rasakan dia lebih laku dan dapat tawaran di tempat lain.

Seminggu selepas itu, Tyzo sekali lagi menyatakan dia hanya mahu menyambung kontrak selama enam bulan sahaja dan perbincangan itu disaksikan oleh DJ Lin dan beberapa barisan tertinggi Suria FM,” katanya. Malah, beliau juga berkata terdapat penurunan dalam segmen Suria Petang yang dikendalikan oleh Tyzo serta Sharifah Shahira. Beliau turut berharap agar isu ini tidak lagi dibangkitkan dan meminta agar pihak media lain untuk tidak meneruskan sebarang dakwaan atau fitnah berkenaan isu tersebut.

Pihak Suria FM juga akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar berkenaan isu itu. Selain itu, pihak Suria FM juga berkata mereka tidak akan menunggu permohonan maaf daripada Tyzo dan pihak mereka juga tidak akan memohon maaf kepada penyampai radio itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.