Ada individu yang tak senang duduk dengan program Alif Satar, sekali teruk kena kritik dengan warganet

Bagi yang mengikuti Alif Satar, penyanyi, pengacara dan pelakon tersebut kini sedang ligat menjalankan satu kempen yang dinamakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’. Kempen itu bertujuan untuk menggalakkan umat Islam untuk menjalani ibadah solat fardhu subuh secara berjemaah dan memenuhi masjid sama seperti waktu Solat Jumaat. ‘Gerakan’ itu ternyata menerima sambutan positif daripada umat Islam apabila melihat ramai jemaah mengerjakan solat subuh di masjid bersama-samanya.

Ada warganet menyarakan agar Alif Satar patut berkolaborasi dengan pempengaruh Khairul Aming untuk memberikan dorongan kepada umat Islam melakukan ibadah fardhu kifayah ini. Pun begitu, ada individu yang mempertikaikan niat murni gerakan tersebut dengan menyifatkan bahawa tujuan mereka berjemaah adalah semata-mata mahu berjumpa dengan selebriti sehinggakan menyindir menggunakan nama Tuhan.

Menjengah keruangan komen, ramai yang bengang dan marah dengan komen yang diberikan oleh individu ini kerana mereka berpendapat bahawa ia bertujuan untuk memberikan dorongan dan pembakar semangat kepada Islam untuk terus mengerjakan solat subuh di masjid. Tujuan dan niat seseorang melakukan sesuatu hanya tuan badan yang tahu, apapun bagi min, niat murni yang dibuat oleh Alif Satar ini satu perkara yang baik, bukanlah content semata-mata.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.