Selama ni tak pernah tunjuk kemewahan, ramai yang terpegun bila tengok rumah Marsha Milan

Baru-baru ini tular satu video memaparkan kemewahan dan kemegahan rumah yang dihuni penyanyi hebat, Marsha Milan Londoh yan terletak di Petaling Jaya. Menerusi video dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Saiful Maun dipercayai telah dijemput datang ke kediaman pelantun lagu ‘Kembali Terang’ itu. Tidak melepaskan peluang yang ada, Saiful kemudiannya melakukan ‘house tour’ memaparkan kemewahan banglo mewah tiga tingkat. Apa yang mengagumkan ialah kelihatan setiap ruang di rumah tersebut dihiasi dengan pelbagai peralatan rumah yang cantik dan mewah. Klik sini untuk lihat video.

Rumah mewah milik Marsha itu juga dilengkapi dengan kolam renang serta sebuah bilik karaoke dan panggung wayang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kemewahan rumah yang dipercayai merupakan kepunyaan arwah bapa mentuanya iaitu Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman. Dalam pada itu, mereka juga memuji penyanyi berusia 38 tahun itu yan kelihatan begitu ‘humble’ dan bersahaja apabila hanya berpakaian ‘simple’ dan tidak mengenakan sebarang solekan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.