ENGGANÂ mengeruhkan lagi keadaan, personaliti media sosial Nurul Shuhada Mat Shukri memohon maaf berhubung komen ditinggalkan yang dilihat memberi bayangan pelakon Puteri Sarah bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Shuhada, 30, menjelaskan komen tersebut dibuat hanya bagi menzahirkan rasa gembira terhadap Puteri Sarah yang dia hormati. Jelasnya, komen itu dilakukan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkahwinan. “Alamak ini adalah satu salah faham yang besar. Komen Shu itu betul-betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati dan pandang tinggi.
Tidak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan, tak sangka pula diputar belit sampai macam itu sekali. Shu peminat Kak Farah dan Kak Sarah macam orang lain. Sikit pun tak cara nak cari spotlight atau apa-apa untuk headline media,” katanya. Shuhada menjelaskan perkara itu dalam satu hantaran di Insta Storynya pada Rabu. Tambah Shuhada, dia juga secara persendirian telah membuat permohonan maaf kepada Puteri Sarah atas salah faham yang berlaku itu. Jelas Shuhada, permohonan maaf terbuka ini dilakukan sekiranya terdapat pihak yang menghina dan juga mengutuk Puteri Sarah disebabkan komen yang dimuat naiknya itu.
“Shu sudah personally mohon maaf dekat Kak Sarah dan ini permohonan maaf terbuka kalau ada yang mengina atau kutuk Kak sarah sebabkan itu. Tak baiklah, kita doa yang baik-baik untuk orang mesti Allah bagi yang baik-baik,” ujarnya. Sebelum ini, Shuhada ada tinggalkan komen di ruangan Instagram Farah Lee yang melangsungkan perkahwinannya bersama Fuad Hashim pada 5 Januari lepas. Shuhada yang mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu berkata, selepas ini hanya dia sahaja yang masih belum berkahwinan memandangkan Puteri Sarah adalah yang seterusnya.
Susulan itu, Puteri Sarah tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui tidak selesa apabila namanya dipetik dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.