Syida dan Syafiqa Melvin luah rasa bengang bila pemilik butik tak benarkan bawa masuk budak, sekali ini respon dari pihak butik

Di Instagram, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian di Shah Alam. Menerusi sebuah rakaman video, adik beradik ini dilihat sangat marah apabila pemilik kedai tersebut tidak membenarkan mereka untuk membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian di dalam kedai. Menurut Syida, peraturan yang ditetapkan oleh pemilik kedai tersebut sangat tidak masuk akal. Lebih teruk, Syida mendakwa anaknya sedang tidur pada waktu itu. Klik sini untuk lihat video.

“Boss dia suruh duduk luar dan jaga anak saya secara bergilir-gilir. Dia tak tengok ke anak saya hanya berbaring di dalam tu. Kami datang nak sokong perniagaan orang Melayu. Kami dah cari banyak tempat tapi datang ke kedai ini sebab orang kata menarik. Kami tak minta tajaan, kami guna duit sendiri. Mereka tiada budi pekerti. Budak ini bukannya kecil lagi dan dia sudah faham bahasa.” Ujar Syafiqa pula, mereka datang ke premis berkeaan untuk menyewa pakaian sempena majlis makan malam perniagaan milik mereka. Pihak butik itu juga berharap tidak ada pihak yang akan mempertikaikan kenapa dan mengapa peraturan tersebut dibuat.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.