Tular video Marissa Dania jadi model pakaian tempatan, sekali ramai yang ungkit pasal kontroversi dia

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang menjadi model bagi sebuah jenama pakaian tempatan sehinggakan menjadi perhatian wargamaya di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik laman rasmi LeeyanaRahman, Marissa dilihat memperagakan koleksi tudung dan busana terbaharu sempena perayaan Aidilfitri yang bakal dijual jenama pakaian tersebut tidak lama lagi. Dapat dilihat, gadis berusia 19 tahun itu begitu cantik sewaktu melakukan pertunjukan ‘catwalk’ sambil mengenakan baju dan tudun berona kelabu di hadapan tetamu yang hadir. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat terpesona dengan kecantikan yang ada pada Marissa. Warganet juga mengatakan raut wajahnya yang jelita itu kelihatan persis seperti ibunya sewaktu zaman muda satu ketika dahulu. Sementara itu, ada juga segelintir warganet yang mengungkit semula kontroversi lama melibatkan Marissa. Terdahulu, Marissa menerima kritikan hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.