Gara-gara ‘tak ada mood’ nak masuk kerja, pihak syarikat memberikan lampu hijau untuk meluluskan pekerja ini cuti dengan alasan dia tidak berpuas hati kerana tiada salji di tempatnya. Menerusi sumber, kejadian tersebut telah meraih pelbagai reaksi di sebuah platform media sosial di China. Wanita yang berasal dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang kongsikan perkara ini menerusi sebuah video, dia menerangkan proses bagaimana dia boleh mendapat cutinya itu. Video tersebut memperlihatkan bahawa dia mengisi borang permohonan cuti dan menyatakan alasannya sebagai ‘tidak ada salji di Hangzhou dan saya berasa beremosi’.
Jelas wanita terbabit, syarikat tempat dia kerja memang ada tawarkan cuti kerana tak ada mood selain daripada cuti hari wanita, hari kanak-kanak dan cuti rehat untuk majlis perkahwinan serta cuti kerana kematian. “Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka.” Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk syarikat tersebut ada membuat pengisytiharan secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa kakitangan juga ada hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka dan boleh ambil cuti kerana tiada mood.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.