Tak pakai makeup pun cantik, Zain Saidin dedah jatuh cinta dengan Che Ta ketika dia tak pakai makeup

Pelakon Zain Saidin mendedahkan dia jatuh cinta dengan isterinya, Rozita Che Wan ketika aktres itu tidak mengenakan solekan di wajahnya. Zain atau nama lengkapnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 40, mengakui mengenai perkara tersebut menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok. “Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai make-up.” Dalam perkongsian sama, turut dilihat pelakon dan pelawak Lan Pet Pet. Lan yang juga abang ipar kepada Che Ta turut mengakui kecantikan dramatis berusia 51 tahun itu. Klik sini untuk lihat video.

“Amboi, hang (awak) make-up cantik, tak make-up pun cantik.” Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berasa teringin untuk melihat wajah ibu kepada tiga cahaya mata itu tanpa secalit alat solek. Sekadar info, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia 10 tahun. Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.