Tengah hangat pasal isu kahwin senyap senyap, A Aida tampil beri pesanan macam ni untuk anak perempuan

Perkongsian pengarah dan penerbit Datuk A. Aida yang memberikan pesanan kepada anak perempuannya, Azevanatassha tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet. Dalam sebuah hantaran di Instagram, A. Aida telah mendoakan agar anak perempuannya itu bertemu jodoh yang baik. Namun, pengarah itu sempat berpesan kepada anaknya untuk tidak berkahwin tanpa pengetahuannya dan meminta restu terlebih dahulu. “Moga jumpa jodoh yang baik mata biru, tapi nak kahwin mesti dapat restu dulu. Jangan jadi anak derhaka kahwin senyap-senyap. Nanti satu sen harta aku pun tak dapat,” tulisnya.

Sementara itu, A. Aida juga sempat meluahkan penat lelah seorang ibu membesarkan anak-anak seolah bimbang dengan isu yang berlaku kebelakangan ini. “Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak.Apa saja kemahuan ibu akan cuba penuhi. Sebagai balasan belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku,” katanya di kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, ada yang memuji sifat penyayang pengarah itu yang mengambil berat tentang anak-anaknya. Namun ada juga yang menganggap perkongsian tersebut adalah sindiran terhadap kontroversi yang sedang hangat menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.