Ameena suka tinggi suara sejak akhir akhir ini, luahan Shakilla Khoriri pasal anak buat ramai yang sebak

Pelakon, Shakilla Khoriri menyifatkan setiap masa yang diluangkan bersama anaknya, Ameena Sofia merupakan momen yang bermakna dan tidak mahu mensia-siakan detik tersebut. Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla berkata meskipun dirinya kelihatan kuat, namun apabila ada perkara yang melibatkan tentang Ameena, hatinya menjadi rapuh dan lemah. “Makin besar makin mengada tu menjadi betul. Tapi tidak apa biarlah nak mengada pun, bukan banyak masa lagi dengan Ameena. Nanti dah besar nak peluk cium pun dah tak nak kot. Klik sini untuk lihat video.

Selagi ada masa dan peluang, Umi (panggilan Shakilla) manfaatkan. Aku ini tengok je macam pengkid. Kerja berat boleh buat, uruskan semua pasal anak sorang-sorang boleh buat, tapi aku lemah bab hati. Ada macam-macam bunga.” Dalam perkongsian sama, aktres berusia 34 tahun itu turut berkongsi kejadian yang membuatkan dia mengalirkan air mata apabila anaknya bertindak meninggikan suara kepadanya. “Pantang lah orang kasar atau tinggi sikit suara dengan aku mesti terasa. Termasuklah dengan Ameena bila akhir-akhir ni dia bercakap suka tinggi suara dan kasar.

Sampai tak tertanggung rasa sedih itu akhirnya jatuh juga airmata Umi pagi-pagi hari sambil drive ke sekolah semalam. Sampai hari ini dia punya minta maaf itu. Harap dia ingat sampai bila-bila sebab tiada orang mampu faham aku setakat ini kecuali Ameena. Hidup dengan aku masuk 5 tahun tapi macam dah berpuluh tahun.” Bagaimanapun, Shakilla berkata dia pasti akan merindui setiap momen pahit dan manis yang dilalui bersama Ameena dan tidak sabar untuk bercerita tentang hal tersebut apabila anaknya sudah dewasa.

“Aku akan rindu momen-momen ini. Tapi aku terpkasa let go bila sampai waktu dia. Aku tak sabar tunggu Ameena besar. Banyak cerita nak aku sembang dan kongsikan. Pada Sabtu lalu, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam. Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun mengumumkan perpisahan pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.