Tak mengalami masalah dalam membesarkan anak, Amyra Rosli kongsikan tips agar anak anak dengar cakap

Pelakon Amyra Rosli dan suami, Amar Bahrin berkongsi cara mereka dalam mendidik anak-anak supaya mendengar kata dan tidak ingkar arahan ibu bapa. Ketika ditemui, di majlis pra pelancaran Koleksi Habib Rantaian Kasih 2024, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati binti Rosli akui, dia dan Amar tidak mengalami masalah dalam membesarkan anak-anaknya iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Tambah Amyra lagi, kedua-dua anaknya itu sangat mudah mendengar kata dan mengingati sesuatu arahan.

“Jangan tipu anak-anak. Bijak diorang lain macam sikit. Layan mereka seperti orang dewasa, itu je rahsianya. Tunjukkan contoh yang bagus dekat rumah. Walaupun kami sebagai ibu bapa banyak kekurangan tapi saya dan Amar sangat berusaha untuk sorokkan kekurangan kami depan anak-anak.” Apabila ditanya mengenai persediaan mereka sekeluarga sebelum menerima sesuatu tawaran (melibatkan anak-anak), Amyra berkata dia dan Amar akan berbincang dan bertanyakan pendapat Anaqi dan Aryssa terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Saya tidak memaksa anak-anak sebab kami tak nak menyusahkan pihak-pihak lain. Sebab tu kami jujur. Sehari atau dua hari sebelum, kami dah beritahu jadual penggambaran dan jelaskan kepada mereka.” Tambah pasangan merpati dua sejoli ini lagi, mereka tiada sebarang halangan sekiranya anak-anak mahu menceburkan diri dalam industri seni tetapi mahu anak-anak menumpukan dan menamatkan pelajaran terlebih dahulu.

“Kami berdua dalam industri ini, siapalah kami untuk menyekat mereka jika waktu itu mereka sudah matang. Ibu bapa saya sokong saya di mana saya berada sekarang dan itu juga yang saya akan buat dekat anak-anak. Restu dan sokongan ibu bapa buatkan anak-anak lebih ikhlas dalam sesuatu pekerjaan yang mereka buat.” Sekadar info, koleksi habib tahun ini menampilkan tema ‘Anyaman’ dan mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.

Kempen Rantaian Kasih 2024  menampilkan duta-duta terkenal seperti Amyra Rosli bersama keluarganya, Sharifah Rosa dan Ezzanie Jasnie. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.