Ketika di awal pembukaan pasar raya yang diusahakan oleh Ebit Lew iaitu Elews Mart, ramai yang begitu teruja untuk membeli-belah di situ. Pada hari pertama pembukaan cawangan pasar raya terbabit, dilaporkan ramai yang datang mengunjungi sehingga sanggup untuk beratur panjang. Ebit Lew pernah mengatakan pasar raya itu dibuka untuk memberi peluang pekerjaan di samping membantu golongan memerlukan. Difahamkan, sebanyak 22 cawangan Elews Mart dibuka sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak pembukaan cawangan pertamanya pada tahun 2020.
Namun, sejak belakangan ini ramai mendakwa beberapa cawangan Elews Mart tidak mempunyai pelanggan dan barangan semakin berkurangan. Ada juga yang melihat beberapa cawangan pasar raya ini sudah ditutup namun masih menjadi tanda tanya adakah ia benar sudah ditutup operasi selamanya. Terbaharu, laman Facebook SCRUT memaparkan sebuah notis yang memaklumkan Elews Mart bakal ditutup secara berperingkat bermula 15 Januari 2024. Rangkaian pasar raya itu memaklumkan penutupan semua cawangan yang ditujukan kepada semua pembekal.
“Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar. Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” tulis notis berkenaan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.