Muat naik gambar lama, Fathia Latiff minta Aiman Hakim untuk buat permohonan maaf secara terbuka

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi menuai perhatian ramai apabila berkongsi foto bersama aktor Aiman Hakim Ridza di Instagram (IG) miliknya. Menerusi akaun miliknya, Fathia memuat naik foto didukung dan memeluk erat suami kepada pelakon, Zahirah MacWilson. Namun, foto itu difahamkan ketika mereka bercinta sekitar tahun 2013. Selain itu, wajah Fathia, 36, seakan disunting kerana jauh berbeza daripada keaslian. Berdasarkan kapsyen, Fathia menulis, ‘akan berhenti selepas awak (Aiman) meminta maaf kepada saya di khalayak ramai.‘ (will stop after you apologies to me in public).

Komen Warganet:

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata warganet menggesa pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff untuk berhenti daripada menggangu kebahagiaan rumah tangga Aiman dan Zahirah. Di samping itu, ada juga wargamaya yang bersimpati dengan keadaan kesihatan pelakon drama Drh Panas. Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015. Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram pada pertengahan Disember lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.