Baru je Zarina Zainuddin nasihat jangan menggatal dengan suami orang, sekali kena perli pula dengan Fathia Latiff

Aktres sensasi, Fathia Latiff memuat naik video memerli nasihat pelakon Zarina Zainuddin tentang isu wanita menggatal dengan suami orang. Menerusi hantarannya di Instastory, dia melakonkan semula reaksi Zarina dengan menggunakan audio tersebut. Namun yang menjadi perhatian, Fathia tinggalkan kapsyen yang berbaur kata-kata sindiran. “Kata seorang penyondol itu sendiri!,” tulisnya. Pesanan Zarina itu dikongsikan di Instagram miliknya dimana dia menafikan situasi rumah tangganya sebagai isteri kedua adalah berbeza dengan situasi wanita yang digelar sebagai penyondol. Klik sini untuk lihat video.

“Kes saya lain, kes saya berbeza tak akan sama. Saya tak menggatal-gatal dengan suami orang. Saya kenal dia (suami) baik, dia bawa jumpa isteri dia terus saya kahwin. Sampai sekarang nak 30 tahun kahwin, itu lain cerita. Korang yang masih muda cari lah orang yang bujang,” kata Zarina. Sementara itu, Zarina juga mendedahkan dia masih rasa bersalah mengganggu hak madunya. “Saya ni pun sampai sekarang terasa berdosa besar kacau hak madu saya. Nak buat apa hidup asyik makan hati, dia makan hati, saya makan hati,” tulisnya di kapsyen.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.