Sayang tapi terpaksa jual, tular foto Ali Puteh jual trofi kemenangan program lawak

Pelawak dan usahawan, Ali Puteh didakwa menjual semua trofi kemenangan yang diperolehinya melalui beberapa siri program realiti lawak Malaysia. Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang kenalannya @pojie.pidon telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan Ali bersama koleksi trofi tersebut. Pada ruangan kapsyen, Pojie seolah-olah menyuarakan rasa kesal kerana pelawak berusia 34 tahun itu terpaksa menjual koleksi trofi berkenaan, namun tetap menitipkan doa yang baik-baik.

“Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak), insha Allah ada rezeki lain nanti,” kata Pojie baru-baru ini. Dalam pada itu, foto tersebut memaparkan trofi kemenangannya pada program Lawak Mega, plak Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan sebuah lagi program lawak. Menerusi perkongsian sama di TikTok pula, rata-rata warganet sempat mendoakan Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan agar dipermudahkan segala urusan sebelum Pojie dipercayai menutup ruangan komen.

Terdahulu, Ali dilaporkan berusaha keras bagi membayar hutang saman sebanyak RM60,000 kepada kakak iparnya, iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali. Ia susulan perintah daripada mahkamah dimana Ali perlu membayar jumlah itu kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita berkenaan di Instagram, empat tahun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.