Jangan terlalu letakkan kepercayaan, Hafiz Mahamad selalu suruh isteri periksa telefon

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad minta isteri sentiasa periksa telefon bimbit miliknya agar tidak berlaku isu kecrangan dalam rumah tangga mereka. Menurut laporan, usahawan berusia 30 tahun itu ada berkata kepada isterinya Syafiqah Aina mengenai ujian yang dilalui oleh golongan lelaki. “Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga. Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya.

Hafiz berkata, bagaimanapun dia meminta agar isterinya yang berusia 29 tahun itu tidak terlalu meletakkan kepercayaan terlalu tinggi. “Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita. Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya. Terdahulu, namanya dipetik warganet selepas kontroversi dicipta pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega yang membuat pengakuan sudah bernikah dua.

Rata-rata berharap Hafiz tidak akan menduakan isteri apatah lagi kedua-duanya dikenali sebagai pasangan yang setia dan romantis. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.