Pempengaruh yang juga Youtuber, Isa Isarb tampil bersuara berhubung dakwaan seorang ejen hartanah mengatakan dia sebenarnya menipu beli sebuah rumah banglo bernilai RM9.7 juta, sebaliknya hanya sewa sahaja. Menerusi hantaran tular baru-baru ini, ejen hartanah tersebut berkata dia mendapat maklumat daripada sumber boleh dipercayai dan mendakwa Isa Isarb sebenarnya tipu satu Malaysia berhubung konten beli rumah.
Dalam video konten Isa Isarb sebelum ini, dia dilihat menunjukkan beberapa jumlah wang tunai dan diberikan kepada seorang wanita dipercayai agen rumah berkenaan. Isa juga turut menandatangani dokumen sambil berkata pencapaian yang dikecapinya adalah inspirasi kepada golongan muda di luar sana untuk berjaya dalam hidup. Tidak berdiam diri, pempengaruh yang memiliki sejuta pengikut di platform Instagram bersuara dan menyifatkan tuduhan dilemparkan oleh ejen hartanah tersebut adalah fitnah. Dia juga menjelaskan situasi sebenar dan status rumah yang dibelinya baru-baru ini dengan mengatakan proses pembayaran masih belum selesai. Klik sini untuk lihat video.
“Kalau kita beli satu rumah, lepas tu kita nak masuk awal. Proses banking masih belum selesai lagi, tapi kita nak masuk awal. Jadi, apa yang kita boleh buat adalah kita minta dengan pemilik lama. Saya nak masuk dulu, saya bayar renting. Aa.. macam tu,” jelasnya. Tambah Isa Isarb, ejen hartanah berkenaan seharusnya bertanya kepada ejen hartanah yang menjual rumah dibelinya. “Cuba awak pergi check iklan di satu Malaysia, mesti dah tak ada iklan untuk rumah ini dijual. Awak sebenarnya sudah memfitnah. Awak sangat salah dan tak baik sekarang, Jadi, sekarang ni kesannya, awak dah bagi saya nampak jahat ni. Macam mana awak nak bayar hutang saya?” soal pempengaruh itu.
Pun begitu, Isa Isarb hairan dan mempertikaikan tindakan ejen hartanah berkenaan menularkan isu berkenaan di media sosial jika dia menyewa rumah banglo bernilai RM9.7 juta tersebut. Ini kerana dia bukan duduk secara percuma, sebaliknya perlu membayar sewa bulanan termasuk utiliti lain hampir RM45,000. “Kalau saya sewa pun, apa problem dengan awak? Contoh saya sewa ni, bukan nak membongkak tapi sekadar pengetahuan.. saya nak sewa pun, duit bulanan sebanyak RM20,000, maintenance RM10,000 contohnya seperti penyaman udara, landskap, kolam renang, kolam ikan dan semuanya menghampiri RM10,000 lebih. Kemudian bil elektrik nak dekat RM 15,000.. so kat situ sahaja dah dekat RM45,000.
Contohlah, contoh, kalau saya sewa je pun, contoh tak beli.. pun dah dekat RM45,000 sebulan. Maksudnya, apa point awak viralkan saya?. Awak cuba kira kalau awak beli rumah ini, nilainya RM9.7 juta, deposit RM1.9 juta, bulanan RM35,000. Okey, apa bezanya beli RM35,000 sebulan dengan saya sewa RM45,000 sebulan. Contohlah kalau saya sewa sekalipun, ini rumah subsales bang. Proses jual beli dia sedang berlangsung.
Kalau saya nak masuk awal, saya boleh masuk awal. Tapi, perlu bayar kepada pemilik lama. Sekarang ni, awak dah viralkan saya. Macam mana? Jadi, awak dah kacau proses sayalah. Awak sangat menggangu saya. Saya benci awak,” tegasnya lagi dalam hantaran video dimuat naik di platform Instagram. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.