Nak anak perempuan dapat kasih sayang keduanya, Fizi Ali berharap kes hadanah dapat diselesaikan dengan cara baik

PENYAMPAI radio Fizi Ali berharap kes tuntutan hadanah difailkan terhadap bekas isteri Shakilla Khoriri dapat diselesaikan secara baik pada prosiding pagi Khamis. Jelas Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, ini kerana dia mahu anak perempuan mereka iaitu Ameena mendapat kasih sayang penuh daripada dia dan Shakilla. “Saya memang sangat positif ia akan selesai. Kalau boleh saya nak selesai hari ini tentang apa kami minta. Seboleh-bolehnya, tolonglah hari ini. Saya cuma nak hak untuk Ameena dapatkan kasih sayang mak dan ayah,” katanya.

Fizi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, bagi sebutan kes tuntutan hadanah terhadap Shakilla. Fizi hadir di mahkamah bersama isterinya, Siti Zulaikha dan peguam iaitu Nur Husniah Husin. Jelas Fizi, ia amat memberi kepuasan kepadanya sekiranya perkara itu dapat diselesaikan. “Saya rasa satu kelegaan yang sangat-sangat kalau dapat selesaikan tapi kita tengok keputusan mahkamah macam mana,” ujarnya. Sementara itu, Shakilla ketika ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan dan hanya mengadu tidak mendapat tidur yang cukup.

“Saya okay, cuma tak cukup tidur,” ujarnya. Pada 15 Disember lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka, Ameena Sofia. Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna. Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perpisahan pada Disember 2021.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.