Dalam masa setahun boleh hafal 6 juzuk al Quran, tak sangka rupanya Marissa Dania merupakan bekas pelajar Maahad Tahfiz

Meskipun kini sedang terpalit dengan kontroversi dikatakan menjadi isteri kedua dan bernikah di Thailand, namun tidak ramai yang tahu anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim rupanya seorang pelajar Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban pada tahun 2018. Marissa yang berusia 19 tahun ini juga merupakan seorang influencer dan difahamkan antara pelajar yang berjaya menamatkan hafalan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait.

Malah Marissa juga katanya berjaya dalam menghabiskan keseluruhan matan burdah terbabit di hadapan gurunya. Tak cukup dengan itu, Marissa telah membanggakan kedua ibu bapanya apabila berjaya menghafal enam juzuk al-Quran dalam tempoh setahun di maahad tersebut. Hebatnya…  Abby dalam satu kenyataan media berkata, cita-citanya untuk melihat anak-anaknya menghafal al-Quran telah menjadi kenyataan. “Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya, “ kata Abby.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai anak Norman dan Abby ini apabila dikhabarkan anak gadis itu telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu. Menurut sumber juga, Aslam, 25 dan Marissa, 19 telah melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah. Bukan mudah menjadi ibu dan ayah, min harap kita doakanlah yang baik-baik untuk keluarga mereka. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.