Tinggal sebumbung dengan mentua, pelakon dan penyanyi Marsha Milan meluahkan rasa syukur rezekinya dikurniakan ibu mentua yang baik dan memahami. Memetik Kosmo, Marsha berkata dia mengakui pada awalnya rasa kekok namun sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa serta mencipta persekitaran positif demi hubungan yang harmoni. “Pada awalnya memang kekok, tetapi lama-lama nanti kita sendiri akan ada rasa tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, perlu wujud sikap tolak-ansur dan terima perkara ini sebagai benda positif, jangan sesekali fikir negatif.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dapat ibu mentua yang sangat memahami, baik dan sempoi, rezeki saya. Sebenarnya semuanya datang dari diri sendiri, bagaimana kita menangani setiap situasi. Saya sebagai isteri tidaklah rasa diri bos dekat rumah, kita kena juga turun tolong dekat dapur dan sebagainya, pandai-pandai ambil hati, jangan berkurung dalam bilik sahaja,“ katanya. Sudah 10 tahun tinggal sebumbung dengan mentua, Marsha berkata dia tidak pernah terlintas untuk duduk berasingan sebaliknya bersyukur dapat menjaga makan minum ibu mentuanya.
Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2015. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.