Dalam usaha mengubah penampilan, Norreen dah padam gambar dan video tak bertudung di laman ig

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen cuba padam gambar & video tanpa hijab di Instagram miliknya apabila hanya meninggalkan perkongsian anak-anak serta penampilan yang bertudung. Perkara tersebut mungkin menjadi salah satu usaha Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah dalam mengubah penampilan memandangkan dia dilihat mengenakan hijab sejak kebelakangan ini. Dalam hantaran di Insta Story pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu, dia sudah memadam dan menyimpan semua perkongsiannya sebelum ini dan ada ketika menangis melihat memori-memori lama.

Dia juga memaklumkan hanya meninggalkan beberapa ratus sahaja hantaran di Instagram dari ribuan posting yang dibuat sejak menggunakan platfrom tersebut. “Dari 2000++ ke 300++ posting sahaja. Terlalu banyak memori. Saya dan Razzi, anak-anak serta rakan-rakan. Tapelah, simpan dalam hati jelah,” tulisnya. Norreen turut berkongsi hantaran yang dibuat pada 2018 di Instagram menandakan dia sudah pergi sejauh itu untuk memadam serta menyimpan posting dirinya yang tidak menutup aurat.

Ruangan Instagram Norreen juga telah dihujani komen-komen positif daripada kenalan dan warganet apabila memuji penampilan terbaru selebriti itu. Mereka juga mendoakan agar Norreen terus istiqamah dan tidak putus asa berusaha menjadi lebih baik walaupun tahu bahawa dia sedang berusaha untuk mengenakan tudung.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pelakon itu benar-benar sudah mengenakan hijab atau sebaliknya kerana tiada sebarang pengakuan dibuat. Apa-apa pun, kita doakan supaya Norreen terus istiqamah dan tidak puas hati dalam menutup aurat. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.