Beberapa hari lepas, tular di Facebook tentang sehelai wang kertas RM50 yang tertulis ‘Duit last ayah bagi, 11/5/20 Al-fatihah’. Wang tersebut telah diperoleh oleh seorang individu yang dikenali sebagai Tuah Lim di Facebook. Difahamkan, wang kertas RM50 itu telah diperolehnya setelah dia mengeluarkan wang di mesin ATM di sebuah stesen minyak di Gambang pada Isnin lalu. Dia kemudiannya memuat naik gambar wang tersebut di Facebook untuk menjejaki pemilik asal wang itu kerana yakin wang berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada pemiliknya. Pada Jumaat, pemilik asal wang tersebut akhirnya berjaya ditemui dan wang RM50 itu juga telah diserahkan kepada pemiliknya yang dikenali sebagai Nur Hidayah, 25 tahun.
Memetik laporan Sinar Harian, Nur Hidayah tidak menyangka dia akan memiliki semula wang kertas bernilai RM50 itu selepas empat tahun. Difahamkan, pada ketika itu, Nur Hidayah terpaksa menggunakan wang itu beberapa bulan selepas pemergian ayahnya kerana pada ketika itu, hanya duit tersebut yang ada dalam beg duitnya, manakala nak ke mesin ATM pula jauh. Pada ketika itu juga, dia mengakui terdetik dalam hatinya, Insya Allah wang tersebut akan kembali semula kepadanya nanti.
Menurut Nur Hidayah, bapanya telah pergi menghadap illahi pada tahun 2020 kerana penyakit buah pinggang. Difahamkan juga, duit itu diserahkan semula kepada Nur Hidayah selepas bukti-bukti tentang tarikh pemergian ayah Nur Hidayah telah diteliti di platform media sosialnya. Nur Hidayah juga mengatakan bahawa dia akan menjaga sebaik mungkin wang tersebut kerana duit kertas RM50 itu merupakan wang belanja yang diberikan oleh ayahnya sebelum Arwah pergi.
Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.