Rasa bebas tanpa telefon bimbit, Pierre Andre dedah selama 10 tahun tak menggunakan telefon bimbit

Siapa sangka pelakon dan pengarah Pierre Andre mendedahkan selama 10 tahun dia tidak menggunakan telefon bimbit serta hidupnya bebas tanpa alat tersebut. Memetik Hib Glam, Pierre berkata semua urusan mengenai hal kerja boleh berhubung terus dengan isterinya, Siti Nur Hidayah sejak 10 tahun lalu. “Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri. Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

“Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.” Sementara itu, Pierre berkata dia mengakui akan meminjam telefon isterinya untuk mengetahui mengenai perkembangan semasa.  Katanya lagi, bukan tidak mahu berhubung dengan ‘dunia luar’ tetapi mahu memberi laluan kepada anak muda. “Pernah satu zaman saya menggunakan telefon awam sebab itu susah untuk hubungi saya sebab kena melalui isteri. Tak ramai orang tahu nombor telefon dia selain nombor perniagaan.

“Sekiranya saya mahu melihat media sosial, saya akan pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu sahaja untuk mengetahui perkembangan isu semasa,” jelasnya. “Bukan saya tidak mahu berhubung dunia luar tetapi mahu beri peluang kepada budak baru. Saya pula jenis ‘family man’ (sering habiskan masa dengan keluarga). Sekarang tinggal anak beberapa jam, saya mula merindu mereka,” katanya. Selepas 10 tahun menyepi, Pierre kembali mengarahkan filem sekuel seram berjudul Jangan Pandang Belakang 2.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.