Muat naik video mesra makan bersuap dengan isteri, ramai yang mendoakan rumahtangga Aisyah Hijanah dan Aliff Teega

Perkongsian video Alif Teega di TikTok baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada wargamaya. Menerusi video pendek tersebut, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif bin Mohd Hazani berkongsi momen dirinya meluangkan masa bersama isteri tercinta, Aisyah Hijanah dan dua anaknya di sebuah taman rekreasi. Alif dan Aisyah duduk di atas kerusi sambil di meja terhidang beberapa jenis makanan dan sesekali Aisyah dilihat menyuapkan kuih ke mulut suaminya itu, begitu juga dengan Alif. Mereka juga berborak semasa sendiri dan terlihat senyuman terukir di bibir mereka. Klik sini untuk lihat video.

Tak dinafikan, rata-rata wargamaya kagum dengan Aisyah yang masih mampu menjalinkan hubungan mesra dengan Alif meskipun rumah tangga pasangan itu pernah dilanda masalah dek kehadiran orang ketiga yang kini merupakan isteri kedua suaminya. Menjengah ke ruangan komen, ada juga segelintir individu bertanyakan dimana isteri kedua Alif, Fatin Umaidah dan bagaimana dengan perasaannya saat melihat momen tersebut.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.