Shila Amzah cerita kisah kena ganggu makhluk halus masa bercuti, tak sangka macam ni pulak respon suami dia

PERCUTIAN bersama suami dan anak ke Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini bertukar mimpi ngeri buat penyanyi Shila Amzah apabila diganggu makhluk halus. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, kejadian mistik itu berlaku di tempat penginapannya di sebuah inap desa yang mana dia sendiri terdengar bunyi menyeramkan pada waktu malam. Tidak hanya bunyi bising, benda halus itu turut mencakar dan menggegar pintu inap desa namun apabila diperiksa tiada sesiapa.

“Apa yang tidak menariknya adalah homestay kami di Langkawi ada hantu. Boleh pula dia main cakar dan gegar pintu. Ubai jengah ke tingkap untuk tengok siapa kacau sebab trip ini ramai. Ada sekali pintu bergegar tetapi orangnya tiada,” katanya. Shila berkongsi perkara itu di Instagram miliknya berserta sebuah video perjalanan mereka ke Pulau Langkawi selain ke Perlis. Shila ke Pulau Langkawi bagi menemani suaminya Ubai Zulkefli yang menyertai satu perlawanan bola sepak di sana.

Tambah Shila, suaminya juga tidak memaklumkan perkara sebenar pada malam berkenaan dan hanya menceritakan kisah tersebut pada keesokkan hari mereka berada di sana. “Ubai buat muka ‘sepuluh sen’ dan cakap ia hanya kucing. Esoknya ketika kami hendak ke Perlis baru dia beritahu kejadian sebenar,” ceritanya. Penyanyi ini turut berkongsi nasihat buat pengusaha agar lebih prihatin berkaitan aspek keselamatan serta keselesaan pengunjung terutama aspek melibatkan gangguan mistik sebegitu. “Nasihat saya kepada orang-orang yang buat homestay, kena rajin ‘bersihkan’ selalu. Saya pula mengandung dan ada anak kecil, jadi perkara begini kena ambil kira,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.