Hadir ke mahkamah dengan semangat yang berkobar, Shuhada harap Hafidz Roshdi boleh bagi kerjasama

BEKASĀ isteri Hafidz Roshdi hadir dengan semangat berkobar-kobar berharap perbicaraan kes pkl membabitkan aktor berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, yang hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada Selasa turut berharap kebenaran berpihak kepadanya dan anak-anak. “Alhamdulilah Shu sihat dan anak-anak pun sihat, hari ini datang dengan semangat berkorbar-kobar dan harapnya Allah adili sebaiknya.

“Shu tak perjuangkan apa apa pun cumanya hak saya dan anak-anak saja,” kata Shuhada. Shuhada tiba di mahkamah bersama adik perempuannya Nurul Sofia sebagai saksi pada perbicaraan tersebut. Dalam pada itu Shuhada juga berharap agar pihak bekas suami memberikan kerjasama dengan baik untuk selesaikan kes ini. “Akhirnya saya sebagai mngs didengari dan saya pun nak beri semangat kepada orang di luar sana yang turut ditindas. Saya harap pihak sana juga memberi kerjasama,” ujarnya.

Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Shuhada dalam kejadian pada 2 Mac tahun sama. Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa menmbk sebanyak tiga kali di bahagian pipi kiri mngs selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. Pasangan itu bagaimanapun sah berpisah pada 27 Julai tahun lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.