Penyanyi Tom menganggap pengalaman melahirkan cahaya mata perempuan pertama secara operasi di Hospital Sungai Buloh sangat bermakna dan indah. Berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawatnya, Tom turut mendedahkan dia mendapat layan yang sangat baik selain hanya perlu membayar harga yang murah untuk kos rawatan selama enam hari. “Terima kasih sangat hospital bersalin Sungai Buloh… enam hari di sini. Melahirkan baby Anggun secara operasi. Terima kasih untuk layanan yang baik daripada semua doktor dan jururawat.
“Check pun detail habis… harga pun sangat murah macam biasa. Sebab itu Tom pilih hospital kerajaan. Dah tahu dan dah biasa. Tip top sangat. Love sangat,” kongsi Tom. Rata-rata warganet memuji Tom malah ada juga segelintir mereka yang memberi cadangan agar penyanyi itu menjadi ikon untuk hospital kerajaan. Terdahulu, Tom dan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman menimang cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Anggun pada Ahad lalu.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari tahun lalu di Batam, Indonesia. Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.