Rasa dah mampu berdiri atas kaki sendiri, luahan dari Abby Abadi tentang Marissa Dania buat ramai yang sebak

Pelakon Abby Abadi sekali lagi berkongsi luahan hatinya berhubung kisah anak perempuannya, Marissa Dania yang didakwa berkahwin di Thailand dan menjadi isteri kedua, Aslam. Menerusi sedutan daripada podcast GVV Studio yang dikendalikan oleh pelakon, Datin Rabeeca Nur Al-Islam, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendedahkan dia pertama kali bertemu Marissa selepas insiden tular itu adalah ketika mereka sekeluarga menghadiri majlis berbuka puasa, baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

“Dia (Marissa) melarikan diri, dia menghilangkan diri.” Walau bagaimanapun, Abby akui tidak mampu berbuat apa-apa namun percaya bahawa anak perempuannya itu berada dalam keadaan selamat dan boleh hidup berdikari. “Tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata, dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah kepada Allah SWT. Saya rasa saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang. Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah.”

Terdahulu, tular beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi bersama bagi satu jenama pakaian tempatan. Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengkritik tindakan jenama pakaian tersebut malah mereka mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapanya dan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.