KELUARGA Aliff Aziz menerima tamparan dan kesan hebat susulan isu membabitkan penyanyi dan pelakon itu yang ditangkap khlwt bersama aktres Ruhainies pada Sabtu lalu. Penyanyi Aisyah Aziz, 30, bagaimanapun percaya tindakan segelintir pihak menyebarkan isu tersebut tanpa kesahihannya adalah suatu kepuasan bagi mereka. “Kami sekeluarga menerima tamparan hebat bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu. Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik,” katanya.
Aisyah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Isnin. Dalam pada itu, Aisyah berharap orang ramai dapat menahan diri daripada menyebarkan perkara tidak benar yang mungkin boleh berlaku kepada sesiapa. Katanya, setiap orang mempunyai kekurangan namun telah ditutup sebaik-baiknya oleh Allah dan jangan menjadi golongan yang menyebarkan aib orang lain. “Tapi saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya. Kita semua ada kekurangannya.”
Allah telah menutupi aib kita dari seluruh dunia, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain,” ujarnya. Pada awal pagi Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Mereka yang ditahan di Jawi bagi tujuan siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama. Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. Ruhainies dan Aliff kini sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.