Kes masih belum selesai, Intan Saleh luah rasa lega bila bekas suami tarik balik kes tapi Izreen Azminda masih teruskan saman

Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadiri kes saman fitnah, pada pagi Isnin. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Intan menyatakan rasa syukur apabila plaintif kedua iaitu bekas suaminya, Ude Wahid menarik semula kes tersebut. “Intan telah hadir pagi ini untuk process mediasi. Semoga ada jalan mudah untuk selesaikan perkara ini. Alhamdulillah pagi ini juga saya dimaklumkan oleh peguam saya bahawa plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes.”

Meskipun plaintif kedua menarik kes, tetapi kes saman masih diteruskan kerana plaintif pertama masih mahu meneruskannya.”Namun plaintif pertama masih meneruskan kes saman. Doakan segalanya dipermudahkan untuk Intan teruskan.” Terdahulu, Intan menerima surat saman didakwa menfitnah dan pihak peguam telah membalas surat tuntutan dan pada masa sama membuat tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan terhadapnya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.