Tular video Bella Astillah pakai jersi universiti tempatan, sekali ramai yang puji nampak awet muda

Penampilan penyanyi Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dikatakan awet muda dari usianya. Ia dapat dilihat menerusi hantaran pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah di platform TikTok bersama sekumpulan pemuda dalam menggayakan baju jersi bagi sebuah universiti tempatan. Dalam video berdurasi 15 saat, Bella dilihat menari bersama sekumpulan pemuda dengan lagu latar berjudul Too Little Too Late daripada JoJo. Meskipun Bella Astillah hanya memakai baju jersi berwarna putih dan biru muda, namun ia terserlah awet muda penyanyi berusia 30 tahun itu. Klik sini untuk lihat video.

Meninjau di ruangan komen, warganet memuji kecantikan pelatun lagu Diari Ramadan Rafique dan menyifatkan aktres itu seperti remaja masih bersekolah. Mereka turut berpendapat bentuk fizikal Bella Astillah tidak menggambarkan usianya kini selain berstatus ibu kepada dua cahaya mata.

Selain memuji Bella Astillah awet muda, warganet turut tidak ketinggalan mendoakan agar penyanyi ini dijodohkan denga lelaki soleh serta berketurunan baik-baik.

Nama Bella menjadi bualan hangat selepas tular laporan suaminya, Aliff Aziz ditangkap atas dakwaan khalwat dengan pelakon Ruhainies. Susulan itu, selebriti kelahiran Sabah itu nekad untuk memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini pada 13 Mac lalu. Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.